Selasa, 10 Mei 2016

Takaful untuk Saya dan Anda

Ketahui lebih lanjut tentang cara kami bekerja di Great Eastern Takaful, perkembangan industri dan bagaimana anda boleh mendapat manfaat daripada penyelesaian takaful kami.




Hubungi saya untuk keterangan lanjut


HAZIQ GE TAKAFUL
010 8260390 (CALL/WASSAP)
haziqtakaful@gmail.com

Isnin, 9 Mei 2016

Definisi Takaful

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab – kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Isi kandungan

[sunting] Aplikasi

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

[sunting] Perbezaan takaful & insurans konvensional

Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
“Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”.
Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

[sunting] Gharar

Maksud al-Gharar ialah “ketidakpastian”. Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:
“Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain”.
Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah, “Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui”.
Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah, “Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat”.
Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai “Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti”.
Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, “Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan”.
Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.
Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma’kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ia berkait dengan:-
  • Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
  • Tidak diketahui kadar bayarannya.
  • Tidak diketahui bila masanya.
Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas “Dasar Jual Beli”. Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah:
  1. Penjual dan Pembeli
  2. Aqad (Ijab dan Qabul)
  3. Barang (Ma’kud Alaih/Subject Matter)
Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian ‘barang’ dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
  1. Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
  2. Masa penyerahannya telah ditetapkan.
  3. Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
  4. Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
  5. Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara’.
Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa ‘barang’ dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ia telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.
Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi “Keyakinan (Belief)”. Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.

[sunting] Maisir/Judi

Para ulama’ menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
  1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
  3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

[sunting] Riba

Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

[sunting] Penyelesaian

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru’at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru’at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

[sunting] Takrif Tabarru’at

Tabarru’at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.
Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru’at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru’at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru’at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru’at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru’at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ia tidaklah dijadikan isu yang besar.
Penggunaan Tabarru’at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.

Panel Hospital

Assalamualaikum pembaca semua..
Hari ini saya ingin kongsikan senarai panel hospital pakar Great Eastern Takaful. Saya berharap dapat sedikit sebanyak membantu.

Dapatkan manfaat kad perubatan pakar Great Eastern Takaful (MedicalCard) sekarang.. Anda bebas untuk ke panel kami..
KEDAH
1
Hospital Pakar Metro
1, Lorong Metro, 08000 Sungai Petani
04-423 8888
2
Kedah Medical Centre
175, Jalan Pumpong, Mukim Alor Merah, 05250 Alor Setar
04-730 8878
3
Putra Medical Centre
888, Jalan Sekerat, Off Jalan Putra, 05100 Alor Setar
04-734 2888
4
Pantai Hospital Sungai Petani
No 1, Pesiaran Cempaka, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani
04-4428888
5
Bagan Specialist Centre
.
4270, Jalan Bagan 1, 13400 Butterworth
04-332 2800
6
Gleneagles Hospital Penang
No 1, Jalan Pangkor, 10050 Penang
04-227 6111
7
Hospital Lam Wah Ee
141, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, 11600 Penang
04-657 1888
8
KPJ Penang Specialist Hospital
570, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam
04-548 6688
9
Loh Guan Lye Specialists Centre
238, Macalister Road, 10400 Penang
04-238 8888
10
Pantai Hospital Penang
82, Jalan Tengah, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas
04-643 3888
11
Penang Adventist Hospital
465, Jalan Burmah, , 10350 Penang
04-222 7200
12
Tanjung Medical Centre
473, Jalan Burmah, 10350 Penang
04-226 2323
PERAK
13
Columbia Asia Hospital, Taiping
No 5, Jalan Perwira, 34000 Taiping
05-820 8888
14
Hospital Fatimah
1, Leboh Chew Peng Loon, Off Jalan Dato’ Lau Pak Khuan, Ipoh Garden, 31400 Ipoh
05-545 5777
15
KPJ Ipoh Specialist Hospital
26, Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh
05-240 8777
16
Lee Eye Centre (Ipoh)
Persiaran Greenhill, Kampung Jawa, 30450 Ipoh
05-254 0095
17
Pantai Hospital Ipoh
126, Jalan Tambun, 31400 Ipoh
05-548 4333
18
Perak Community Specialist Hospital
277, Jalan Raja Permaisuri Bainun, 30250 Ipoh
05-254 5594
19
Sri Manjung Specialist Centre
Lot 14777, Jalan Lumut, 32000 Sitiawan
05-691 8153
20
Taiping Medical Centre
45-49, Jalan Medan Taiping 2, Medan Taiping, 34000 Taiping
05-807 1049
SELANGOR
21
Ara Damansara Medical Centre
Lot 2, jalan Lapangan Terbang Subang, Seksyen U2, 40150 Shah Alam
03-5639 1212
22
Arunamari Specialist Medical Centre
168, Jalan Batu Unjur 1, Bayu Perdana, 41200 Klang
03-3324 3288
23
Assunta Hospital
Jalan Templer, 46990 Petaling Jaya
03-7680 7000
24
Columbia Asia Hospital Bukit Rimau
3, Persiaran Anggerik Eria, Bukit Rmau, Seksyen 32, 40460 Shah alam, Selangor
03-5125 9999
25
Columbia Asia Hospital, Cheras
Lot 33107, Jalan Suakasih, 43200 Cheras
03-9086 9999
26
Columbia Asia Hospital, Puchong
No. 1, Lebuh Puteri, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong
03-8064 8688
27
KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
1, Jalan Mamanda 9, Taman Dato’ Ahmad Razali, 68000 Ampang
03-4270 2500
28
KPJ Damansara Specialist Hospital
119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya
03-7722 2692
29
KPJ Kajang Specialist Hospital
Jalan Cheras, 43000 Kajang
03-8769 2999
30
KPJ Selangor Specialist Hospital
Lot 1, Jalan Singa 20/1, Seksyen 20, 40300 Shah Alam
03-5543 1111
31
Pantai Hospital Klang
Lot 5921, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang
03-3374 2020
32
Sri Kota Medical Centre
Jalan Mohet, 41000 Klang
03-3373 3636
33
Subang Jaya Medical Centre
1, Jalan SS 12/1A, 47500 Subang Jaya
03-5639 1212
34
Sunway Medical Centre
No. 5, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya
03-7491 9191
35
Tropicana Medical Centre
11, Jalan Teknologi, PJU 5, Kota damansara, 47810 Petaling Jaya , Selangor
03-6287 1111
WILAYAH PERSEKUTUAN
36
Damai Service Hospital (HQ)
109-119, 1st Mile. Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
03-4043 4900
37
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
282-286, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
03-4257 1300
38
Hospital Pusrawi
Lot 149, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
03-2687 5000
39
Institut Jantung Negara
145, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
03-2617 8200
40
KPJ Tawakkal Specialist Hospital
No 1, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur
03-4026 7777
41
Pantai Hospital Ampang
Jalan Perubatan 1, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
03-4289 2828
42
Pantai Hospital Cheras
No 1, Jalan 1/96A, Taman Cheras Makmur, 56100 Kuala Lumpur
03-9132 2022
43
Pantai Hospital Kuala Lumpur
8, Jalan Bukit Pantai, , 59100 Kuala Lumpur
03-2296 0888
44
Parkcity Medical Centre
No 2, Jalan Intisari perdana, Desa parkcity, 52200 Kuala Lumpur
03-5639 1212
45
Prince Court Medical Centre
3a Jalan Kia peng, 50450 Kuala Lumpur
03-2160 0000
46
Sentosa Medical Centre
No. 36, Jalan Chemur, Komplexs Damai, 50400 Kuala Lumpur
03-4043 7166
47
Tung Shin Hospital
102, Jalan Pudu, , 55100 Kuala Lumpur
03-2037 2288
NEGERI SEMBILAN
48
Columbia Asia Hospital, Seremban
No 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Park, 70300 Seremban
06-601 1988
49
KPJ Seremban Specialist Hospital
Lot PT 6219 & 6220, Jalan Tioman 1, Kemayan Square, 70200 Seremban
06-767 7800
50
N.S. Chinese Maternity Hospital
Jalan Tun Dr Ismail, 70200 seremban, Negeri Sembilan
06-762 2104
51
Salam Senawang Specialist Hospital
No 234-243, Jalan lavender heights 2, Lavender Business Square, 70450 Senawang
06-675 1188
MELAKA
52
Mahkota Medical Centre
No 3, Mahkota Melaka, Jalan Merdeka, 75000 Melaka
06-285 2999
53
Pantai Hospital Ayer Keroh
No 2418-1, KM 8, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
06-231 9999
JOHOR
54
Columbia Asia Hospital, Nusajaya
Persiaran Afiat, Taman Kesihatan Afiat, 79250 Nusajaya
07-233 9999
55
Kluang Utama Specialist Hospital
No. 1, Susur 1, Jalan Besar, 86000 Kluang
07-771 8999
56
KPJ Johor Specialist Hospital
39-B, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru
07-225 3000
57
KPJ Puteri Specialist Hospital
33, Jalan Tun Abdul Razak (Susur 5), 80000 Johor Bahru
07-225 3222
58
Medical Specialist Centre (JB)
Wisma Maria, Jalan Ngee Heng, 80100 Johor Bahru
07-224 3888
59
Pantai Hospital Batu Pahat
9S, Jalan Bintang Satu, Taman Koperasi Bahagia, 83000 Batu Pahat
07-433 8811
60
Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)
1, Jalan Peserai, 83000 Batu Pahat
07-413 3333
61
Regency Specialist Hospital
No 1, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor Bahru
07-381 7700
PAHANG
62
Kuantan Medical Centre
No 1, Jalan Tun Ismail 9, 25000 Kuantan
09-514 2828
63
Kuantan Specialist Centre
51, Jalan Alor Akar, Taman Kuantan, 25250 Kuantan
09-567 8588
TERENGGANU
64
Kuala Terengganu Specialist Hospital
No 443B, Jalan Kamarudin,20400 Kuala Terengganu
09-624 5353
KELANTAN
65
Kota Bharu Medical Centre
Pt 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang, 15200 Kota Bahru
09-743 3399
66
Perdana Specialist Hospital
Lot Pt 37 & 600, Seksyen 14, Jalan Bayam, 15200 Kota Bahru
09-745 8000
SABAH
67
Damai Specialist Hospital ( Kota Kinabalu )
Lorong Tepus 1, Off Jalan Damai, Luyang, 88300 Kota Kinabalu
088-222 922
68
Sabah Medical Centre
Lorong Bersatu, Off Jalan Damai, Luyang, 88300 Kota Kinabalu
088-211 333
SARAWAK
69
Bintulu Medical Centre
Lot 6009, Block 31, Kemena Land District, 97000 Bintulu, Sarawak
086-330 333
70
Columbia Asia Hospital, Miri
Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit, C.D.T 155, 98000 Miri
085-437 755
71
Kuching Specialist Hospital
Lot 10420, Block 11, tabuan Stutong Commercial Centre, Jalan Setia Raja, 93350 Kuching
082-365 777
72
Miri City Medical Centre
916-920 & 1203, Jalan Hokkien, CDT 100 , 98000 Miri
085-426 622
73
Normah Medical Specialist Centre
Lot 937, Section 30 KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman, Petra Jaya, 93050 Kuching
082-440 055
74
Rejang Medical Centre
No.29, Jalan Pedada, 96000 Sibu
084-330 733
75
Sibu Specialist Medical Centre
No 52A-F, Brooke Drive, 96000 Sibu
084-329 900
76
Timberland Medical Centre
Lot 5164-5165, Block 19 KCLD, 2 ½ Mile, Jln Rock, Tmn Timberland, 93250 Kuching
082-234 466
@
Boleh Refer Di Laman Web di Bawah
Note :
** Panel hospitals listing subject to change and latest listing can be view from GE Webhttp://www.lifeisgreat.com.my
** Certain Specialist may not be participating in our panel hospitals. Please refer to latest specialist listing at GE Web http://www.lifeisgreat.com.my

Hubungi saya untuk keterangan lanjut


HAZIQ GE TAKAFUL
010 8260390 (CALL/WASSAP)
haziqtakaful@gmail.com

36 Jenis Penyakit Kritikal


PENYAKIT DILINDUNGI:
1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.
2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.
3 Penggantian Injap Jantung
Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.
4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.
5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal.
6. Ensefalitis
Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.
7. Tumor Otak
BenignaTumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.
8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.
9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.
10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursordopamin.Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan
11. Penyakit Aizheimer
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.
Aktiviti kehidupan harian adalah:
a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telahdisediakan.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.
12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang dibuktikan melalui gangguan fungsi motor atau kesukaran bernafas.Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.
13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.
14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom Apalik (nekrosis universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini hendaklah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya selama satu bulan.
15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.
16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.
17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.
19. Hilang Pendengaran
Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.
20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.
21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.
22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut:a) Pemindahan produk darahb) Agen perangsang sumsumc) Agen imunosupresifd) Pemindahan sumsum tulang
23. Trauma Kepala Utama
Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
24. Luka Terbakar Teruk
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)Permukaan tubuh25. Pemindahan Organ UtamaMenjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.
26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.
27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:
a)Demam kuning yang kekal
b)Asites; dan
c)EnsefalopatiPenyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.
28. Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;c)Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dand)Demam kuning yang semakin teruk.Walaubagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.
29. Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; danb)Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; danc)Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku.Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.
30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.
32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.
33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular
34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.
35. Penyakit Paru-Paru
KronikKegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.Kriteria berikut mestilah dipatuhi:a)Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); danb)Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; danc)Dsypnoea semasa berehat.
36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:

Perbezaan Takaful dengan Konvesional


Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda perbezaan di antara  Takaful Dan Insuran konvesional.
AWAS!! Ada sesetengah orang atau agen menganggap ianya sama.
Ingin saya tegaskan di sini sebenarnya  Takaful bukan sahaja tidak sama malah terlalu banyak sangat perbezaannya. Berikut adalah gambaran perbezaan yang dapat saya kongsikan dengan anda..

Pengertian
Takaful adalah satu perkataan yang berasal daripada perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling jamin-menjamin.’
Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan bantu-membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.
Ciri-ciri Takaful
  • Sistem Islam
  • Sumbangan Tabarru’
  • Pelaburan halal
  • Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada unsur riba
  • Tiada unsur Maisir (judi)
  • Tiada unsur Gharar (Tidak jelas)
  • Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)
Kelebihan Insurans Takaful

Secara ringkasnya ingin saya simpulkan, Takaful adalah yang terbaik. Bebas dari unsur-unsur Gharar, Maisyir, dan Riba.
Bagi mereka yang mungkin telah memiliki Insuran Konvensional saya rasa anda perlu berfikir panjang. Dan bukan itu sahaja orang yang memberikan anda insuran konvensional ini juga memperolehi nasib yang sama. Kalau rasa amal dah cukup banyak boleh teruskanlah..
Ini kerana
“Dosa riba itu ada 76 pintu, dan pintu yang paling ringan (dosa) umpama berzina dengan ibu sendiri”
“Allah memerangi orang yang terlibat di dalam Riba”
“Dan 1 bahagian Riba dosanya seperti melakukan 36 kali zina.”
Nauzubillah.. Semoga kita di jauhkan daripada perkara sebegini.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut


HAZIQ GE TAKAFUL
010 8260390 (CALL/WASSAP)
haziqtakaful@gmail.com

Jumaat, 6 Mei 2016

RM100 sebulan?? semua ini anda punya





Khas untuk mereka yang telah memiliki kad perubatan.. (medical card) saya tawarkan tambahan untuk anda..
usah bimbang… kepada yang takder kad perubatan pun boleh gak..
antaranya:-
  • Gaji bulanan RM2000 jika lumpuh/cacat kekal
  • Perbelanjaan untuk penyakit kritikal PERINGKAT AWAL RM20,000
  • dan macam2 lagi…

Hubungi saya untuk keterangan lanjut


HAZIQ GE TAKAFUL
010 8260390 (CALL/WASSAP)
haziqtakaful@gmail.com

Mengapa perlu memilih Medical card Dari Great Eastern Takaful?








Hubungi saya untuk keterangan lanjut


HAZIQ GE TAKAFUL
010 8260390 (CALL/WASSAP)
haziqtakaful@gmail.com